
Sulit
4 tahun
Banyak makan ubat, risau kena penyakit buah pinggang
Saya wanita berusia hampir 28 tahun, merupakan penghidap schizoaffective disorder. Ubat-ubatan yang saya makan setiap malam ada 10 biji. Tu pun ada yang tertentu saya dah minta doktor kurangkan dos.
Ubat yang saya ambil sekarang ialah Seroquel 600mg, Sertraline 200mg, Epilim 100mg,dan artane dua biji (tak ingat berapa mg)
Dengan keadaan macam ni, ada ke kemungkinan saya akan menghidap penyakit buah pinggang disebabkan pengambilan ubat yang terlalu banyak pada setiap malam?
Saya risau ni sebab umur baru 28, kalau panjang umur lama lagi nak pakai buah pinggang ni. Dan lama lagi juga rasanya saya kena terus bertahan dengan pengambilan ubat-ubatan. Apa yang saya boleh lakukan ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sekiranya semua ubat yang diambil mengikut preskripsi doktor, risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang adalah rendah kerana setiap doktor akan memberikan rawatan dengan kesan sampingan yang paling minima. Oleh itu, jika anda masih ragu-ragu, anda boleh merujuk dengan doktor anda semula kerana hanya doktor anda yang mempunyai rekod kesihatan anda yang lengkap.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.