
Sulit
4 tahun
Barah kelawaryang mempuanyai bwnjolan bawah ketiak
saya ni daoat benjolan kat bawah ketiak. skitt woo… maikin besarr … sakitt woo

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah benjolan di ketiak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah benjolan di ketiak kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.