
Sulit
4 tahun
Barotrauma (tekanan udara dalam telinga)
saya dapat tahu yang barotrauma boleh terjadi jika kita menyelam atau naik kapal terbang tapi kenapa saya alami ia pada setiap hari walaupun saya tidak melakukan apa-apa aktiviti ? adakah itu normal?

4 tahun
Terima kasih atas soalan anda,
Untuk pengetahuan anda, masalah barotrauma secara ambya disebabkan oleh tahap altitude yang berbeza yang menyebabkan tekanan udara menjadi rendah ataupun tinggi. Keadaan altitude berbeza ini selalunya disebabkan aktiviti seperti:
- menyelam
- mendaki gunung
- menaiki kapal terbang
Namun, simptom barotrauma adalah pelbagai dan kami tidak boleh untuk mengulas lanjut kerana anda tidak menyatakan simptom apa yang anda alami. Hal ini kerana, setiap simptom tidak hanya spesifik kepada satu penyakit sahaja. Andai kata anda mengalami gejala ketidakselesaan pada telinga, fenomena ini boleh juga disebabkan masaah lain seperti jangkitan dalam telinga, trauma dan banyak lagi.
Simptom barotrauma pula adalah seperti berikut:
- ketidakselesaan pada telinga
- masalah pendengaran
- sakit pada telinga
- telinga berdarah
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk persoalan ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.