
Anonymous
5 tahun
Bartholin cycst (masalah wanita)
sy wanita berumur 29 tahun, belum berkahwin. 3 hari yg lalu ada benjolan di faraj. selepas sy membuat google sy dapati kemungkinan besar sy terkena bartholin cyst. adakah bahaya? apa perlu sy lakukan kerana sy malu untuk berjumpa doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bengkak pada bahagian kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara selain Bartholin’s seperti
- jangkitan kuman dan bakteria
- ketumbuhan yang tidak bahaya
- kanser bahagian kemaluan luar (jarang berlaku)
Walaupun puan pasti ia adalah Bartholin’s cyst, puan masih memerlukan konsultasi dan pemeriksaan fizikal unutk memastikan punca sebenar dan seterusnya mendapatkan rawatan dan ubat yang betul.
Oleh kerana pelbagai sebab boleh menjadi punca puan mengalami masalah tersebut kami perlu mengajukan beberapa soalan kepada puan untuk mengenalpasti dengan tepat penyebab masalah puan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih