junitaabdulmalik
3 tahun
Baru anak kwn sy dtg kerumah dgn keadaan demam llalu sy bg ubat demam dr syringe yg sama digunakan oleh anak sy keesokkan harini sy dpt tahu yg budak tu di jangkitan kuman dlm darah dan di tahan di hospital?sy cemas skrg adakah bahaya tuk anak sy doc?
Apa patut sy buat skrg sy dh makin risau
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pihak ibu bapa harus memantau keadaan kanak-kanak untuk mengenalpasti kemunculan simptom-simptom lain supaya rawatan yang sesuai boleh diberikan pada masa yang betul. Sila mendapatkan nasihat doktor dengan segera jika:
- Suhu badan melebihi 40°C
- Sawan demam (febrile seizure)
- Demam yang melebihi 7 hari, walaupun demam hanya berlaku untuk beberapa jam setiap hari
- Kanak-kanak mempunyai penyakit kronik yang lain
- Kemunculan ruam
Rawatan demam biasanya tidak diperlukan, terutamanya jika suhu badan kurang daripada 38.9°C, umur melebihi 3 bulan, tiada penyakit lain dan tiada simptom lain.
Untuk mengetahui punca masalah annak anda dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu,anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.