
Sulit
5 tahun
Baru balik dari Seoul 3 hari lepas. Sengal2 badan, rasa mual dan nak demam tapi suhu badan normal
Saya berumur 51 tahun.
Berada di Seoul & Jeju drp 5 Feb sehingga 15 Feb. Kembali ke Msia pada 16hb Feb jam 6 am.
Di Korea saya sihat2 sahaja.
Pada 17 Feb (di Malaysia), saya mula rasa mual, sakit2 sendi dan seluruh badan. Tiada selsema atau batuk dan tiada demam. Saya ambil panadol 2 biji pd sebelah malam supaya saya boleh tidur dan rehat. Pd keesokan harinya saya sihat kembali.
Pada 18hb Feb anak saya (15 tahun) mula dpt selsema dan batuk. Tiada demam dan tiada sesak nafas tp pagi2 tekak sakit katanya. Saya bg dia makan clarines. Sehingga sekarang selsema masih ada. Batuk dan demam tiada.
Perlu kah kami pergi ke klinik utk pemeriksaan lanjut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan influenza
- jangkitan virus
- jangkitan kuman
Kami menyarankan anda dan anak anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan maklumat lanjut kerana anda baru sahaja berkunjung ke negara yang sedang mengalami wabak virus. Anda juga boleh menghubungi pihak kami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Sila klik pada link ini (KKM COVID-19) untuk keterangan lanjut mengenai koronavirus atau untuk bercakap dengan pihak kami bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini