
Sulit
4 tahun
Baru berkahwin dan ingin merancang kehamilan
Hai, saya wanita berusia 28 tahun yang baru berkahwin pada tahun ini. Saya dan suami merupakan pasangan jarak jauh. Apakah pil perancang yg sesuai untuk wanita yg berkahwin dan bagaimana cara pengambilannya? Saya tidak mahu mengambil pil pastinor 2 kerana pengambilannya hanya boleh di ambil sebulan sekali ketika kecemasan. Apakah pil perancang yg sesuai untuk saya ambil and berapa lama perlu di consume?

4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih di atas soalan anda. Berdasarkan soalan anda, saya difahamkan bahawa anda mengambil pil perancang keluarga yang tetap dan bukan jenis untuk kecemasan dan anda mendapati pengambilan pil perancang tidak teratur. Terdapat beberapa jenis pil perancang sama ada progestin sahaja atau gabungan progestin dan estrogen yang dipanggil COCP (Combined Oral Contraceptives Pill). COCP perlu diambil setiap hari dan sebaik-baiknya pada masa yang sama untuk mengekalkan tahap hormon yang dihendaki di dalam badan. Jika anda terlupa untuk mengambil pil, ia akan mengurangkan kesannya dan risiko untuk kehamilan berlaku akan meningkat. Kesan penyalahgunaan ia yang paling biasa adalah kegagalan kontraseptif. Apabila ia tidak diambil dengan betul, peluang kehamilan yang tidak diingini menjadi lebih tinggi.
Kesan sampingan yang tidak diingini seperti haid yang tidak teratur disebabkan oleh hormon yang tidak teratur dalam badan. Memandangkan anda jarang bersama suami dan merasakan tidak perlu mengambil pil perancang setiap hari, saya sarankan anda mengambil pil pencegah kehamilan kecemasan. Ia digunakan untuk situasi kecemasan sahaja di mana berlaku hubungan intim tanpa perlindungan ataupun kegagalan kaedah kontraseptif yang lain seperti kegagalan kondom.Ia juga merupakan pil yang sangat penting untuk diambil oleh mangsa serangan seks untuk mencegah kehamilan yang tidak diingini. Penggunaan berulang pil ini adalah sejenis penyalahgunaan. Walaupun penggunaan berulang kali tidak akan membawa risiko kesihatan yang serius dan tidak akan membawa masalah kesuburan pada masa hadapan, penggunaan pil ini sebagai kaedah kontraseptif utama tidak harus digalakkan kerana ia tidak begitu berkesan berbanding dengan pil pencegah kehamilan biasa dan boleh menyebabkan kegagalan kontraseptif. Ia juga mempunyai insiden kesan sampingan yang lebih tinggi seperti haid yang tidak teratur yang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada para wanita.
Sebelum memulakan sebarang kaedah perancang keluarga, saya sarankan anda untuk bertemu dengan doktor untuk membincangkan kaedah yang paling sesuai dan efektif untuk anda.
Anda juga boleh berhubung doktor pakar sakit puan jika ingin maklumat lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.