
Sulit
4 tahun
Baru lepas keguguran
Saya wanita brmur 24 tahun… Sy mengalami keguguran 31/3 haritu… Tetapi harini sy mengalami alergik pada badan… Boleh ke sy makan ubat alergik? Nak ikutkan pantang dah habis.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, tiada sebarang indikasi untuk tidak mengambil ubat alahan selepas daripada keguguran namun terdapat beberapa kontroversi tentang penggunaan ubat alahan sewaktu hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.