
Sulit
4 tahun
Batu dan rasa masam, pedas kat kerongokong
Salam sejahtera doktor… Sy nak tanye ni… Dah seminggu saya batuk… Tapi saya tak demam, takde sakit tekak… Cuma ade rasa panas kat dada dan rasa sakit kat tulang dada tengah… Setiam kali bersendawa, ade rasa pedas dan masam naik ke mulut saya… Kadang2 air liur saya berasa masam dan pahit ketika minum air kosong… Boleh tak doktor rumuskan penyakit saya dan apakah ubat ubatannya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah utama yang anda hadapi ialah pedih ulu hati. Untuk makluman pihak anda, panas dada boleh disebabkan oleh:
- Masalah asid refluks atau GERD
- Masalah gastrik
- Ulser perut
- Stress
- Hiatus hernia
Namun begitu, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan sebelum kesimpulan dapat dibuat tentang gejala-gejala yang anda alami.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.