
Sulit
5 tahun
Batu dan susab bernafas
Saya lelaki berusia 35thn,(1) saya skrg mengalami sakit tekak dah 1 minggu.sy batuk apabila sy merokok atau tekak berasa kering @sesuatu berada didlm tekak.Tapi selepas minum air suam @ air kosong saya akan berasa selesa untuk seketika ,(2).apabila sebelah malam saya kerap terjadi sakit tekak ,sakit tengkuk kadang2 sakit kepala menyebabkan sukar bernafas dan menyebabkan sy sukar tidur.jadi selalu untuk melegakan sakit tekak. adakah cara saya betul UTK melegakan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria/virus
Alahan
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Kurang minum air
Udara persekitaran
Memandangkan gejala anda tidak serius, buat masa sekarang, saya sarankan anda melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.