
Anonymous
5 tahun
Batu hempedu kecil dalam badan saya
Doktor saya ada batu hempedu kecil dan doktor kata tak bahaya…tapi saya kerap muntah…loya…pusing kepala…badan lemah…rasa nak jatuh akibat pusing…bagaimana doktor…adakah bahaya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, gejala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Sakit kepala migrain
- Vertigo
- Jangkitan telinga
- Kembung perut
Masalah batu hempedu boleh menyebabkan gejala sakit perut, loya dan muntah. Namun begitu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.