Sulit
5 tahun
Batu hempudu adakah merbahaya
Saya awal 30an dr memberitahu sy didalam hempedu sy terdapat batu(1.3 cm) 2 minggu ini sakit saya terlalu teruk
1.sy tidak boleh makan sy akan mundah selepas makan
2.perut akan menjadi keras selepas makan
3.sy minun air kosong pun muntah
4.perut sy makin membesar
Adakah ini penyakit batu hempedu ini merbahaya dan apakah cara rawatannya.
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, batu hempedu boleh menyebabkan masalah yang sirius tetapi kebiasaannya penyakit batu hempedu tidak memberikan sebarang simptom. Pesakit batu hempedu yang mempunyai simptom perlu di masukkan ke dalam wad dan dberikan ubat pelalian, ubat kekejangan perut dan antibiotik jika mempunyai tanda-tanda jangkitan.
Apabila simptom anda telah berkurang, anda akan melalui pembedahan cholescystectomy iaitu prosedur untuk membuang pundi hempedu. Namun begitu, bagi pesakit yang tidak mahu melakukan pembedahan, terdapat ubat melalui oral tetapi fungsinya terhad.
Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.






























