
Sulit
4 tahun
Batu karang atau apa?
saya wanita 20tahun , mengalami sakit ketika buang air kecil dan kerap kencing . air kencing pula kadang berbau busuk adakah tanda batu karang atau sebaliknya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Kami tidak dapat mengesyorkan apa-apa ubat buat masa ini memandangkan anda perlu membuat pemeriksaan untuk mencari punca masalah terlebih dahulu.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala di bawah:
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Air kencing berbau, bercampur darah dan/atau nanah
- Demam
- Sakit perut atau sakit ari-ari
- Sakit kepala
- Muntah-muntah
- Sejuk dan menggigil
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.