
adzrulabdullah
5 tahun
Batu karang atau gonorrhea?
sy mewakili sahabat sy utk bertanya. dia mengadu mengalami sakit ketika kencing, ada sikit darah ketika kencing, kerap buang air, sakit pinggang. lalu doktor mengesyorkan dia potassium cytrate/cytric. (tak berapa pasti nama) selang beberapa hari, dia demam. air kencingnya mula lancar, namun trdapat pula cecair berwarna putih sprt air mani keluar brsama air kencingnya. malah ketika bangun tidur juga cecair itu ada membasahi seluar dalamnya… lbh menghairankan, dia mngalami luka yg muncul sndiri pada tepi mulutnya. apakah itu gejala batu karang yg mula infection atau dia sbnrnya mnghidap gonorrhea?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, cecari jernih serta lendir yang keluar bersama air kencing pada waktu pagi boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Air mani
- Air mazi
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan kelamin seperti gonorrhoea
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.