
Sulit
4 tahun
Batu karang sakit dibahagian depan bawah pinggang
Saya wanita berumur 36 tahun. Semenjak usia 20 tahun saya sering sakit dibahagian depan kiri bawah buah pinggang.di usia 30 saya menjalani operation laparoscopy endometriosis.2 minggu lepas sakit serangan itu datang.setiap serangan selama 3 saat.sakit hingga ke pinggang belakang.kali ini serangan datang di umur 36 . Saya ke klinik utk dapatkan rawatan.kerana pagi itu saya kencing berdarah.docktor di klinik telah membuat ujian urine dan mendapati terdapat darah di dalam urine.doktor mengesahkan ianya adalah sakit batu karang.saya dibekalkan ubat pecah batu karang rowatinex dan ural untuk seminggu.selepas seminggu saya ke klinik untuk urine sekali lagi.ujian urine selepas seminggu elok tiada lagi darah tetapi pinggang saya dan di tempat depan kiri bawah pinggang masih sakit.apakah rawatan yang perlu saya lakukan?klinik tersebut memberi saya sambungan obat rowatinex untuk seminggu lagi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi pada masa ini. Untuk maklumat anda, selain masalah batu karang yang menyebabkan sakit di bahagian pinggang, terdapat beberapa sebab lain seperti:
- Endometriosis atau adenomyosis
- Ovrian torsion
- Ovarian cyst
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory disease)
Selain itu, antara tanda-tanda penyakit batu karang di saluran kencing adalah:
- Sakit di bahagian pinggang atau bahagian tepi abdomen dan belakang (bergantung pada lokasi karang tersebut)
- Kencing anda boleh bercampur dengan darah ataupun tidak (bergantung kepada saiz karang tersebut)
- Kencing yang sakit
- Kencing yang tidak lawas disebabkan karang menghalang laluan kencing
Buat masa ini kami sarankan anda untuk memantau gejala dan keadaan anda. Sekiranya keadaan semakin teruk dan anda demam, sila berjumpa dengan doktor segera.
Antara rawatan batu karang adalah:
- Konservatif ataupun tunggu dan lihat kerana batu karang boleh dibuang melalui saluran kencing sekiranya saiznya kecil
- Ubat-ubatan
- Pembedahan
Jika anda masih mempunyai soalan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam daripada doktor kami. Terima kasih.