
Sulit
5 tahun
Batu kelenjar air liur
Hi doc, saya nk tanya batu kelenjar air liur boleh berlaku ke di kawasan submandibular gland? Batu tu boleh rasa di luar bawah rahang tapi tidak terlihat dari luar dan dalam mulut. Batu kelenjar ni boleh ada banyak ke dalam satu kawasan? Apa komplikasi batu kelenjar air liur ni kalau tidak dikeluarkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah batu paa kelenjar air liur ini paling lazim terjadi pada kelenjar submandibular. Ia boleh wujud dalam jumlah yang banyak atau satu sahaja.
Komplikasi masalah ini adalah:
- kesakitan yang amat sangat
- radang kelenjar air liur
- kesukaran untuk makan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.