Sulit
5 tahun
Batu, sakit tekak & kahak berdarah
Bapa sy berumur 66tahun.beliau mempunyai gejala batuk dan tekak kering lebih dr seminggu. Namun pada hari ini, didapati setiap kali meludah kahak akan berdarah. Beliau seorg yg kuat minum air, tp tekak still kering & sakit. Sejak dr PKP1, beliau akan keluar membeli barangan keperluan ke pasar /kedai lebih kurg thrice per week. Oleh yg demikian, adakah perlu untuk beliau pergi melakukan ujian saringan covid19?
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Kahak berdarah pula boleh disebabkan oleh:
- Luka pada tekak akibat batuk berlebihan
- Luka daripada rongga hidung mengalir ke tekak
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Pengendalian ujian ini adalah bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit. Jika anda menunjukkan simptom jangkitan dan pernah berkunjung ataupun berada dekat dengan penduduk dari negara yang terjejas teruk dalam jangka masa yang panjang, sebaiknya anda mendapatkan ujian ini.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































