
Sulit
3 tahun
Batuk batuk dan hilang deria rasa dan bau,
23/8/2021 sampai sekarang 28/8/2021 saya masih batuk dn hilang deria bau& rasa padahal saya sda dua dos 23/8/2021

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, batuk dan kehilangan deria bau dan rasa bukan antara kesan sampingan vaksin Covid-19. Antara kesan sampingan vaksin tersebut ialah :
- Demam
- Mengigil
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Sakit sendi/otot
- Keletihan
- Sakit dan bengkak pada tempat suntikan
Gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh jangkitan Coronavirus ataupun jangkitan lain pada saluran pernafasan. Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini