
Anonymous
5 tahun
Batuk berbunyi pd waktu pagi
Anak saya berumur 1 tahun 4 bulan… seminggu lepas anak saya mengalami batuk dan selesema dan telah diberi neb. Dan ubat ventolin oleh doktor. Namun, anak saya masih batuk srperti berbunyi kahak , lebih-lebih lagi pada waktu pagi. Adakah saya perlu membawa anak saya semula untuk berjumpa doktor . Keadaan anak saya aktif dan ceria seperti biasa.Apakah jalan penyelesaian yang harus saya lakukan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang ge masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- bronkiolitis
- jangkitan virus pada saluran pernafasan
- alahan kepada sesuatu (kebiasaannya habuk, suasana sejuk, hama dan bulu haiwan)
- penyakit seperti pertussis yang boleh dicegah dengan vaksin
- penyakit croup
- jangkitan pada paru-paru
Buat masa sekarang, puan tidak perlu risau, sekiranya anak puan kurang aktif, menggunakan otot terutamanya otot rusuk dan bahu untuk bernafas, kadar pernafasan yang laju, batuk berpanjagan sehingga 5 hari berjumpalah dengan pakar perubatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.