
Anonymous
5 tahun
Batuk berdarah (sakit lutut)
Saya berumur 22 tahun saya ada masalah ketika saya duduk bersila atau kaki nak berlipat then bila saya nak bediri dan bejalan balik saya rasa sakit lutut kaki kAnan saya rasa ngilu macamtu, kadang saya akan rasa lutut saya bergesel di bahagian yang sama, boleh saya tahu apa punca dan adakah sakit lutut ni bahaya, oleh sebab saya juga bersukan dalam taekwondo tapi tidak laa terlalu aktif. Boleh bantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, biasanya sakit lutut banyak berlaku dalam kalangan warga yang lebih berusia akibat penyakit radang sendi atau sendi yang haus seperti rheumatoid arthritis dan osteoarthritis. Masalah sakit lutut yang biasa terjadi pada golongan muda pula adalah disebabkan oleh kecederaan terutamanya akibat kegiatan lasak seperti aktiviti sukan.
Dalam kes anda, terdapat kemungkinan anda pernah mengalami kecederaan ringan pada lutut anda yang tidak dirawat dan kemudiannya penggunaan kerap dalam seharian boleh menyebabkan kecederaan tersebut semakin serius.
Keadaan lain yang boleh menyebabkan sakit lutut dalam golongan muda adalah “patellofemoral pain syndrome” yang boleh berlaku akibat postur berdiri atau mengangkat barang yang salah menyebabkan masalah otot pada bahagian lutut.
Anda memberikan tajuk batuk berdarah pada soalan anda, namun tiada penerangan mengenainya di dalam soalan anda. Untuk mengetahui punca masalah lutut dan juga batuk berdarah (jika benar) yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.