
Sulit
5 tahun
Batuk Berkahak Bayi 1Bulan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. nama sy ika, sy ada bayi berusia 1bulan lebih. sy tinggal bersama mertua, rumah mertua ada buat renovation. akhir2 ini sy dapati anak sy batuk dan berkahak didadanya. kadangkala, nafasnya berbunyi. sy ingin tahu puncanya adakah dari habuk buat renovation ? sy hampir lupa. anak sy menyusu badan. ada kemungkinan juga penyakit ini datang dari pemakanan sy ? apa jenis makanan yg patut sy elak ? akhir sekali, adakah berbahaya batuk berkahak ini bagi anak sy ? terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk berkahak pada bayi yang berusia 1 bulan boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- Infeksi saluran pernafasan atas
- Jangkitan paru-paru
- Alergi
Memandangkan bayi anda masih terlalu kecil, sebaiknya diperhatikan dan dibawa rujuk ke doktor dengan segera kerana dikhuatiri kondisi dapat memburuk.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.