
reusdin
5 tahun
Batuk berkahak dan gatal kerongkong
Saya mengandung 13 minggu sekarang ini tapi saya mengalami batuk berkahak dan seringkali gatal kerongkong… Batuk-batuk sudah 2 minggu… Bolehkah saya mengambil lozenges untuk melegakan batuk dan gatal kerongkong?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Batuk biasanya sukar sembuh terutamanya jika tidak menjaga pemakanan dan mempunyai tabiat merokok. Batuk yang disebabkan oleh jangkitan bakteria biasanya adalah lebih sukar sembuh berbanding jangkitan virus.
Untuk melegakan batuk anda dengan beberapa langkah:
- Mengambil minuman panas tanpa gula seperti air lemon dan madu
- Kurangkan makanan pedas dan berminyak
- Jauhi rokok atau orang lain yang merokok
- Minum air putih dengan kerap
- Dapatkan rehat yang secukupnya
Sekiranya batuk anda masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Terima kasih