
Sulit
5 tahun
Batuk berkahak dan sakit tekak
Saya yaya, saya ingin bertanya sedkit untk mendapatkan jawapan dgn lebih jelas lagi. Tunang saya berusia 22 tahun, dia dah hampir 2 bulan sakit tekak yg sangat teruk smpi tak boleh makan langsung. Kadang takde suara langsung nak bercakap. Badan dia juga lesu sangat. Dia kerap batuk, mungkin sbb tu tekak dia kerap sakit. Tapi berat badan dia menurun mendadak. Kadang demam pun panas sangat. Namun dia tetap berdegil taknak ke hospital. Boleh saya tahu apa yg saya perlu buat? Rawatan mcm mana lagi saya pun dah buntu. Semoga saya dapat jawapan yg jelas, terima kasih sangat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan influenza
- jangkitan kuman
- Chronic bronchitis
- jangkitan paru-paru (Pneumonia)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.