Sulit
4 tahun
Batuk berkahak, demam dan selsema hampir seminggu. Semenjak petang semalam hingus akibat daripada selsema saya berdarah
Saya selsema dan demam melebihi seminggu. Semalam sebelum waktu solat maghrib, saya dapati hingus saya bercampur darah. Sekarang masih lagi berhingus, namun darah sedikit kurang.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman
- jangkitan virus
- alahan
Selesema yang menyebabkan pendarahan boleh disebabkan trauma sewaktu menghembus, cuaca yang panas dan kulit hidung yang kering.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.