
bdkbaek14
5 tahun
Batuk berkahak kadang kadang kering
Saya wanita 22 tahun. Pergi kerja menaiki kenderaan awam (lrt,mrt)… pada 15hb saya demam tapi saya mengangap mungkin kerana nak period kerana saya akan demam sehari kalau nak period. Keesokannya (16hb) saya hanya batuk sehingga hilang suara… hari selasa (17hb) saya masih batuk…dan suara kadang ada kadang takda… tapi saya masih pergi kerja dan naik public transport dan tidak memakai mask kerana kehabisan stok. Pada malam 17hb saya ke klinik berdekatan untuk dapatkan rawatan batuk.
Doktor itu mengatakan saya hanya batuk biasa,sebab cuaca. Dia memberikan saya ubat batuk,antibiotik dan ubat sakit tekak. Pada hari (18hb)… batuk kurang tapi masih kuat. Maksudnya batuk saya bukan setiap masa. Bila terasa gatal ditekak then saya batuk.soalan saya. adakah saya perlu ke hospital untuk checkup simptom atau apa apa ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Sebelum anda ke hospital, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alsan yang kuat.
Di kesempatan ini saya ingin menekankan kepantingan untuk anda mengikut arahan pihak berkuasa untuk tinggal di rumah dan keluar hanya untuk urusan penting. Walaupun langkah ini seperti drastik namun, ianya penting bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk. Selain itu, berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Diharap dengan kerjasama dari semua pihak, wabak ini dapat dibendung. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini