
husnahaiyan9
5 tahun
Batuk berkahak menyebabkan tulang rusuk kiri terasa sakit
Batuk sudah hampir sebulan…dan terasa tulang rusuk kiri sakit…dan terasa kahak melekat d tulang rusuk kiri…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kahak tidak mungkin melekat pada tulang rusuk anda kerana tulang rusuk ini terletak di luar saluran pernafasan, kahak ini hanya terkumpul dalam saluran pernafasan. Tulang rusuk ini sakit adalah kerana batuk yang berlamaan ini. Semasa anda batuk, anda akan menggunakan otot yang mengelilingi tulang rusuk, dengan batuk yang berlamaan, ini akan menyebabkan otot tersebut tegang dan menyebabkan kesakitan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.