
Sulit
5 tahun
Batuk berkahak Selama 5 Hari akibat Selsema
Saya mengalami batuk berkahak selama 5 hari selepas selsema. This normally happened to me everytime I catch flu. Should I go and get myself check?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda atau seperti yang anda mungkin telah maklum, batuk merupakan salah satu gejala bagi jangkitan COVID-19. Namun begitu, gejala ini juga boleh disebabkan seperti yang anda katakan, flu biasa atau masalah kesihatan lain seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus lain
- Jangkitan paru-paru
- Batuk kering
- Asma
Oleh itu anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini (DoctorOnCall Tanya)
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini