
Sulit
5 tahun
Batuk Berkahak selama tiga hari dan masih tidak ambil sebarang ubat
Hi Doctor. Saya nak tanya bagi Pihak adik lelaki saya yang currently batuk ber kahak.
Berumur 25 tahun, pernah ada sejarah bronchitis asthma. Last neb dec 2017. Dalam situasi PKP ni, saya ingin bertanya, ubat apa yang sesuai untuk beliau.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Asma
- Chronic Bronchitis
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui rawatan dan punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu. Anda digalakkan untuk membawa adik anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.