
Sulit
5 tahun
Batuk berkahak, selsema & demam
Saya mengalami gejala batuk kering sejak bulan 1 kerana berjangkit daripada ahli keluarga yang mengerjakan umrah. batuk berlarutan sehingga saya pula berangkat mengerjakan umrah pada 19/2 sehingga pulang pada 1/3. gejala batuk semakin teruk & mengalami selsema ketika berada di Airport Jeddah.sejak hari khamis sehingga hari ahad yang lepas sy mula mengalami demam yang rendah dan sakit kepala. saya telah ke klinik berdekatan dan mendapatkan suntikan antibiotik.sehingga hari ini saya masih batuk dan selsema.badan saya terasa letih kerana simptom ini. apa langkah-langkah yang terbaik untuk saya lakukan ketika ini? terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan yang telah diajukan.
Saya ambil maklum bahawa anda kembali dari umrah, gejala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk makluman anda, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Hospital kerajaan yang menyediakan kemudahan ujian COVID-19 cuma memberi keutamaan kepada yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19. Namun, anda boleh melakukan ujian ini dengan kami melalui home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih dan semoga cepat sihat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini