Anonymous
6 tahun
Batuk berkahak yg lama hingga menyebabkan semput
Saya berumur 42 tahun dan batuk berkahak dah lama…
Tetapi dlm masa yg sama saya ada penyakit jantung berlubang… Oxy saya cuma 83 plg tinggi…
Saya selalu menghadapi masalah semput ditambahkan LG saya mmg semput sbb Oxy kurang… dgn batuk berkahak ni saya bertambah semput…
Mcm2 ubat dah saya cuba termasuk bahan2 alami spt madu lemon halia dll
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Disebabkan encik merupakan pesakit jantung berlubang, dikhuatiri fungsi jantung anda mungkin terjejas pada usia yang lanjut. Antara komplikasi jantung berlubang adalah:
- Kegagalan jantung (Congestive heart failure)
- Paru-paru berair (Pulmonary oedema)
- Jangkitan paru-paru
Risiko dan kadar komplikasi akan lebih tinggi jika encik juga mempunyai masalah kesihatan yang lain seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan lain -lain. Encik perlu segera berjumpa doktor pakar untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal sebelum sebarang keputusan rawatan dapat diberi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!





























