
zahrinaaziz85
5 tahun
Batuk berlarutan dan selsema
Hai Doc saya mahu minta bantuan dari Doc tentang masalah sakit Yg saya Alami sekarang ini…
Saya mengalami batuk Yg berlarutan dari Feb , Feb lepas masa saya batuk berlarutan Yg teruk saya pergi ke klinik swasta utk mendapatkan ubat rawatan… dan diberi ubat… tapi ubat itu saya makan saya dpt alahan seperti ruam2 merah naik dimuka, selepas itu saya ambik jalan utk makan buah nenas utk redakan batuk saya ini… sambil tu saya makan juga ubat batuk itu… walau pun alahan…saya x boleh Buat apa2 saya makan juga Sbb terlalu batuk sgt2, kemudian batuk saya reda hanya seminggu shj, lepas itu batuk saya dtg sedikit demi sedikit kemudian jadi teruk sampai dada depan dan belakang perut jadi sakit disbb kan saya batuk terlalu kuat… bercampur pula dgn selsema… batuk saya ni sampai buat saya tidak boleh tido malam… Sbb batuk jenis berlarutan dan tidak henti hanya menemankan air kosong sahaja… selera makan pun hilang hanya makan sedikit shj lepas tu buang… badan jadi lesu kemungkinan makan tidak menentu… 14.03.2020 Sabtu saya ada ke hospital kononnya ingin buat rawatan… tapi saya dtg sudah lewat dlm ham 9:00pm ke hospital, saya dpt jumpe Doc perubatan dlm jam 12 Sbb terlalu ramai pesakit… lepas saya jumpe Doc perubatan itu dia hanya tanya dan bagi ubat sahaja… saya hanya dapat ubat selsema dan ubat kahak sahaja, ubat batuk saya tidak dpt atas Sbb saya ada ckp saya alahan, Doc tu suruh saya cari di farmasi berdekatan, Doc iti bagi tau, dekat farmasi byk ubat boleh pilih… saya kurang faham…saya ingat dpt ujian ke apa… tapi mengecewakan… saya balik dgn batuk tanpa bawa ubat batuk… hari ini saya pergi farmasi ikut mcm mana Doc kerajaan itu suruh beli, saya sudah beli tapi batuk saya masih berlarutan… saya cuma nak tahu ada kah saya terjangkit dgn penyakit covid19 ini… saya risau akan anak2 saya terjangkit Nt… harap Doc dapat membantu saya…terima kasih…

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Sekiranya anda mempunyai kontak rapat dengan sesiapa yang positif untuk COVID-19, anda digalakkan untuk membuat ujian saringan di mana-mana hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19).
Namun sekiranya tiada kontak rapat, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala demam dan sakit tekak ini boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Radang tonsil
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- Allergic Rhintis
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini