
mimie5500
5 tahun
Batuk berpanjangan dan gatal tekak ketika sejuk
Saya adalah wanita berusia 39thn baru lepas melahirkan anak 4 bulan lalu. Ketika mengandung 8 bulan saya menghidap batuk berpanjangan sehingga melahirkan. Selepas melahirkan dan dalam tempoh berpantang, batuk hilang. Setelah habis berpantang batuk datang kembali sehingga kini.
Saya telah ke hospital menjalani pemerikasaan, x-tray dan tiada jangkitan serious seperti pneumonia, bronchitis atau tibi. Alhamdullilah. Saya diberikan ubat batuk biasa. Doctor menasihatkan saya pergi membuat pemeriksaan kahak tetapi saya belum ada kesempatan.
Saya rasakan apabila keadaan sejuk saya akan batuk dan gatal tekak tapi jika keadaan tidak sejuk saya tidak batuk. Apabila saya batuk, tekak terlalu gatal, batuk berterusan sehingga mengeluarkan kahak berwarna putih dan menyebabkan dada saya turut rasa sakit akibat batuk yang panjang.
Apakah masalah yang sebenarnya saya alami atau adakah dalam perubatan mempunyai sejenis batuk yang sukar sembuh walaupun kita tidak di diagnose dengan penyakit batuk serious? They will heal eventually but it’s just a matter of time. Is there any? Once a doctor advised me to try natural remedy such as lemon n honey. I came to think that all the cough medicine already too immune to my system until in does not effected well whenever i drank it.
Please help. Terima kasih banyak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penyakit Tibi (tidak boleh didiagnos tanpa ujian kahak, oleh itu anda disarankan menjalani ujian tersebut)
- kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi
- Bronkiektasis
- asma (lebih-lebih lagi batuk pada waktu malam)
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.