
mierajamal678
5 tahun
Batuk berpanjangan selama 4bulan
Saya mempunyai anak berumur 1tahun 7bulan. Dia mengalami batuk sejak berumur 1tahun 3bulan . 4bulan berlarutan. Saya & suami telah membawa anak ke klinik swasta sebanyak 4kali untuk mendapatkan rawatan, tetapi hasil nya tetap sama. Anak saya tidak menunjukkan simptom sembuh. Kami juga telah membawa anak ke hospital untuk rujukan yg lebih pakar, tetapi hasil nya juga tetap sama. Tidak sembuh sampai sekarang. Batuk anak saya lebih kerap ketika malam/subuh . Jadi, saya ingin bertanya kepada dr, apakah penyebab anak saya batuk berpanjangan? Adakah susu formula anak mempengaruhi batuk sebeginj lama? Terima kasih DR.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anak anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Virus Bronkiolitis
- Viral croup
- Psikologi
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Buat masa ini kami tidak boleh mengulas lanjut tentang susu formula kerana kami tidak mengetahui jenama dan amat jarang sekali berlaku.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.