nurhawa295
4 tahun
Batuk berserta muntah
Umur 32thn. Mula dgn selsema & sakit tekak. Doctor dh bg ubat tp xbaik n batuk teruk sampai muntah. Mula dgn tekak gatal kemudian batuk sampai muntah.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Memandangkan anda sudah berjumpa dengan doktor dan masih belum pulih, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana terdapat beberapa kemungkinan samada diagnosis yang diberikan tidak sesuai atau ubat yang diberikan tidak bersesuaian.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.