
Anonymous
6 tahun
Batuk berterusan selama sebulan lebih
Sy aini berumur 28 tahun.
29/3 - sy start demam berserta batuk berterusan, pegi klinik slepas 4 hari sbb xlarat drive. Doc ckp demam dah mild, sy mengadu susa tidur mlm sbb batuk yg once batuk da x ble stop & bila batuk sakit dada, bahagian bawah perut pun sakit otot bahagian tu rasanya effect batuk tanpa kahak Tu.
26/4 - 2nd time ke klinik yg sama, mengadu batuk masih x stop, masih sakit. Sbb dah hampir sebulan, batuk kering tanpa kahak. Dr bagi ubat selidix & alergic ckup² utk 5 hari. Habis 5 hari tu, batuk belum sembuh tp sy demam malam tu semalaman je + selsema + batuk berkahak, sampai harini masih sama. Tp batuk kali ni x sakit otot dah, cuma dr awal bln 5 tu kahak byk tp xble kuar, hingus pun byk sgt.
Ada follow up dgn doctor, dia kasi antibiotik. Dah habis. Tp masih berlarutan, sy sgt menjaga pemakanan sy semenjak bln 3 jatuh sakit, panas sejuk, pedas, minyak xsentuh.
Sy risau keadaan paru-paru sy, sy tau batuk bukanlah penyakit tp simptom pd sesuatu sakit. Mohon pencerahan.
Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca batuk berpanjangan:
• Jangkitan bakteria atau virus
• Asthma
• Allergic Rhinitis
• Pneumonia
• Penyakit tibi
• COPD
Batuk yang disebabkan oleh jangkitan bakteria biasanya adalah lebih sukar sembuh berbanding jangkitan virus.Disebabkan anda muntah kahak yang kekuningan anda mungkin dijangkiti jangkitan bakteria.Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk melegakan batuk anda dengan beberapa langkah:
- Mengambil minuman panas tanpa gula seperti air lemon dan madu
- Kurangkan makanan pedas dan berminyak
- Jauhi rokok atau orang lain yang merokok
- Minum air putih dengan kerap
- Dapatkan rehat yang secukupnya
Sekiranya batuk anda masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Terima kasih.