
Sulit
4 tahun
Batuk, dada tidak selesa (pada waktu pagi), cirit birit. Adakah perlu saya pergi melakukan saringan covid? Berapa harganya sekiranya di mysejahtera menyatakan saya adalah suspek kes? Mohon pencerahan
Hai, saya berumur 22 Tahun dan sekarang saya mengalami batuk berkahak. Lebih lebih lagi apabila sejuk, dada akan terasa sesak untuk bernafas(waktu pagi sahaja). Hal ini juga pernah di alami tetapi dengan penularan wabak covid19 membimbangkan saya. Malah saya ada mengalami cirit birit. Saya juga telah menjawab soalan di mysejahtera dan keputusan menyatakan saya adalah suspek kes. Tapi saya risau sekiranya saya akan dikuarantin selama 14hari sekiranya melakukan saringan cov walaupun negatif covid. Macam mana ya doc? Dan sekiranya saya melakukan saringan covid, berapakah harganya ya?

4 tahun
Selamat Sejahtera
Terima kasih di atas soalan yang diajukan. Berdasarkan simptom yang anda alami, iaitu batuk berkahak dan anda baru pulang dari Manila.
Untuk pengetahuan anda, gejala COVID-19 adalah
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Oleh kerana anda mengalami simptom batuk berkahak dan sejarah perjalanan ke Manila, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Harga swab test adalah berbeza bergantung pada hospital tersebut. Anda juga boleh klik link ini (Swab Test) untuk melihat khidmat ujian saringan yang kami sediakan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini