
Anonymous
5 tahun
Batuk dalam jangka masa yang panjang
Saya mengalami batuk yang berterusan sehingga berbulan-bulan… Makan ubat batuk cecair dan biji pun still ta hilang lagi batuk… Saya p hospital doc cakap saya tadak apa… Batuk bukan berturusan seharian… Kekadang sahaja… Tapi dalam tempoh yang lama untuk hilang… Kahak tadak pun… Bila sy demam je ada kahak… Kahak buat masa ni oke je… Tade la banyak atau berterusan na ludah ja… Saya biar je batuk nii hilang sendiri…sebab da malas na makan ubatkan…tapi tade kesan… Selang beberapa bulan… Batuk pun hilang sendiri… Then skunk batuk datang balik. . Cuma kali nii lain sikit… Bila sy batuk malam… Jadi penat rasa susah na nafas…nafas pun berbunyi macam orang asma…then badan sy rasa panas… Sy ta rasa na demam ke apa… Tapi hari² sy rasa badan sy panas then sy perlukan tempat sejuk… Sy pergi check hospital… Doc layan ta layan je… Sy pun rasa fedup na p hospital… Tunggu berjam² tapi doc layan mau tamau… Sy na tau kenapa sy batuk berturusan hingga berbulan-bulan then hilang sendiri… Sekarang batuk rasa sesak nafas… Bole terangkan bagi sy…
Thank

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pharyngitis keradangan tekak
- asthma sesak nafas akibat alahan
- chronic bronchitis keradangan bronkus paru
- chronic obstructive pulmonary disease sesak nafas biasanya akibat merokok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.