Anonymous
6 tahun
Batuk dan demam selsema
Anak saya berusia 7 tahun, dia sukar untuk membuang kahak dan batuk kuat tidak menutup mulutnya walau sudah diajar berkali-kali. Adiknya berusia 1 tahun 11 bulan dan 1 bulan 26 hari , sudah dijangkiti batuk, selsema dan demam on off seperti kakaknya. Bagaimana saya boleh mengajar kakak nya supaya senang untuk membuang kahak dan selsemanya? Dan bagaimana juga untuk saya kurangkan kahak si kecik duaorang tu , lagi2 baby idungnya berbunyi sudah bila batuk dada nya pun berbunyi . Saya sudahkan melakukan sedutan kahak(sedut pakai straw dan air) kepada 2 orang ini malah yg baby belum juga pulih, kakaknya ada juga nampak pengurangannya. Bagaimana ya doktor? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, kanak-kanak perlu diajar sejak kecil tentang tabiat yang baik, lama kelamaan dia akan mudah menlakukannya, anda perlu bersabar dan terus menegur dan mengajar anak anda tentang cara yang betul.
Bayi kanak-kanak kecil, anda boleh cuba semburan saline yang boleh didapati di farmasi bagi membantu mengeluarkan selsema serta melakukan senaman fisio tepukan belakang bayi bagi melonggarkan kahaknya. Pastikan anda jauhkan anak anda dari mereka yang menghisap rokok, asap atau persekitaran sesak dan tercemar.
Dapatkan rawatan dan ubat daripada doktor bagi merawat batuk dan selsema anak anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































