malzero7
5 tahun
Batuk dan kahak banyak
Saya wanita umur 20 tahun 2minggu lepas telinga saya luka nanah bahagian dalam terasa sangat sakit selepas seminggu saya demam beserta batuk dan kahak hijau yang banyak. Saya ingin minta pendapat doc bagaimana cara untuk saya hilangkan kahak saya ni, saya sudah penat tidak larat ulang-alik tands untuk buang kahak dengan telinga yang sakit dan kadang2 terasa sesak nafas. Mohon pencerahan doc terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Bagi masalah telinga, anda memerlukan rawatan lanjut supaya tidak berlaku jangkitan kuman yang boleh menyebabkan komplikasi yang lebih parah.
Batuk biasanya sukar sembuh terutamanya jika tidak menjaga pemakanan dan mempunyai tabiat merokok. Batuk yang disebabkan oleh jangkitan bakteria biasanya adalah lebih sukar sembuh berbanding jangkitan virus.
Selain daripada ubat batuk, anda boleh melegakan batuk & kahak dengan beberapa langkah:
- Mengambil minuman panas tanpa gula seperti air lemon dan madu
- Kurangkan makanan pedas dan berminyak
- Jauhi rokok atau orang lain yang merokok
- Minum air putih dengan kerap
- Dapatkan rehat yang secukupnya
Sekiranya batuk & kahak anda masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Terima kasih.