
yusrizal.shaari
5 tahun
Batuk dan kahak berdarah
saya seorang pengidap asthma, juga mempunyai sejarah tibi,ingin bertanya masalah saya mempunyai kahak yang banyak, sehingga ketika makan nasi pun masih ingin batuk dan berkahak, kebanyakan putih dan ada pernah kahak pekat seperti jeli mengandungi darah.Selain itu saya juga demam minggu lepas selama 2 hari dan sakit tekak. Namun beransur pulih.Namun batuk masih berterusan.Sukar untuk saya keluar pada waktu sekarang untuk ke klinik/hospital memandangkan klinik tidak menerima pesakit bergejala covid-19 di premis mereka.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa penyebab batuk berdarah. Antaranya:
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
- Radang pada tekak menyebabkan lapisan tekak mudah terluka
- Jangkitan pada paru-paru
- Masalah darah cair
- Jangkitan tuberculosis
Batuk berdarah boleh dirawat dengan:
- Ubat batuk dan lozenges untuk meredakan batuk
- Antibiotik sekiranya terdapat jangkitan paru-paru berpunca daripada bakteria
- Rawatan menghentikan pendarahan jika terdapat masalah luka yang besar atau masalah darah cair
- Rawatan lain adalah lebih spesifik kepada punca yang lebih serius seperti rawatan pembedahan atau kemoterapi bagi kanser paru-paru
Untuk mengetahui punca batuk berdarah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.