
Sulit
4 tahun
Batuk dan muntah selepas dos ke 2 pneumococcal
Bayi saya berumur 2tahun telah mendapat suntikan pada 24 april. Beberapa jam selepas itu demam panas sehingga 39.7’C selama 3hari.kini 4hari batuk dan muntah di malam hari.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Terkait vaksinasi pneumococcal, seperti yang anda (mungkin telah) sedia maklum, lazimnya terdapat beberapa risiko kesan sampingan yang dapat dialami setelah anak kecil menerima vaksin ini, antaranya termasuk:
- Kesan sampingan pada kawasamn lokal (di kawasan suntikan)
- Sakit atau ketidakselesaan
- Bengkak
- Kemerahan di tempat suntikan dan sekitarnya
- Kesan sampingan yang sistemik:
- Demam
- Lemah badan
- Resah gelisah
- Turun nafsu makan
- Mual muntah
Umumnya kesan sampingan yang sederhana menandakan vaksin sedang berkerja di dalam tubuh bagi meningkatkan sistem imun. Namun keberhasilan vaksin tidak hanya ditandai dengan atau bergantung pada kewujudan kesan sampingan semata-mata.
Namun memandangkan gejala yang di alami si kecil di dapati berterusan, saya sarankan anda untuk berjumpa doktor sebagai langkah berjaga-jaga.
Tambahan pula, sekiranya si kecil mengalami kesan sampingan selain daripada yang dijelaskan diatas, seperti reaksi alahan, gatal-gatal, sesak nafas, anda dikehendaki untuk pergi ke hospital berhampiran dengan segera untuk penilaian lebih lanjut. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Ragu-ragu tentang vaksin? Konsult Doktor Kami Secara PERCUMA!