
Sulit
5 tahun
Batuk dan sakit pada bahagian pinggang
Suami saya berumur lingkungan 32 tahun dan sering mengadu sakit pada kedua-dua belah pinggangnya semasa dia batuk. Adakah gejala ini membawa makna apa-apa yang merbahaya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan paru-paru
- Jangkitan atau batu dalam buah pinggang
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Kemampatan cakera intervertebral
Segera berjumpa doktor jika:
- Batuk melebihi 2 miinggu
- Batuk berdarah
- Demam
- Peluh malam
- Melancong ke luar negara
- Berat badan turun secara mendadak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.