Sulit
4 tahun
Batuk dan sakit tekak dah melebihi 2 minggu
Doc,sy mengalami batuk dan sakit tekak dab berterusan selama 2 minggu.demam pun on off…cumanya gari nie dah terasa susah sedikit untuk bernafas…dah 2 kali ke klinik tapi masih belum.sembuh sepenuhnya…kadang2 sakit dibahagian blkg dan ad jugk kdang2 terasa nak pitam…kadang2 ad jufak terasa ngilu kat kaki dan tgn
, sy demam on off dah mlebihi 2 minggu. Kdang2sakit tekak Dan batuk berterusan selama 2 minggu tapi batuk
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, masalah batuk dan sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan. Antaranya:
- jangkitan virus common cold
- influenza
- jangkitan pharynx
- radang tonsil
- dehidrasi
- pneumonia
Memandangkan anda mengalami gejala sebegitu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini