
Anonymous
5 tahun
Batuk dan selesema berpanjangan utk ank berumur 2 tahun 6 bln
sy mempunyai ank yg pnah ada sejarah pneumonia ketika di berumur 1 tahun…dan ketika dilahirkan ank sy jga mengalami mslh kuman pd paru2…soalan sy,adakh disebabkan pnah trkena jngkitan ank sy sering batuk dan selesema? tidur mlm pn trganggu disebabkn batuk dan selesema…batuk dan selesema ini sdh kli ke 3 brmula dr bln mei tahun ini…skjap shj sihat kmudian sakit balik…tetapi bla bwa ke klinik paru2 ok…sy cma risau penyakit pneumonia brulang kpd ank sy…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk dan selesema anak anda boleh disebabkan:
- Selesema - hal ini kerana terdapat pelbagai jenis virus selesema
- Alahan - pada debu dan sebagainya
- Asma
- Jangkitan paru-paru/pneumonia - kerana sistem imun rendah
- Fibrosis sistik
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.