
izatirauf
5 tahun
Batuk Dan selesema melebihi 2 minggu
Hi Dr
Anak saya mengalami batuk Dan selesema tapi tidak
Demam sampai sekarang nak masuk hampir 3 minggu. Minggu Lepas ada bawa anak berjumpa Dr, Dr check so far lung nya clear.
Adakah ia normal Dan sy tidak perlu risau?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya ambil maklum bahawa anak puan mengalami batuk dan selesema selama hampir 3 minggu.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria atau virus
Asma
Allergic Rhinitis
Pneumonia
Penyakit tibi
COPD
Berbalik kepada soalan anda, sukar untuk saya memberi kata putus adakah keadaan ini normal atauk tidak kerana banyak lagi maklumat lain serta ujian fizikal yang harus dilakukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Namun begitu nasihat saya agar anak anda:
Mengambil minuman suam
Minum banyak air
Minum jus lemon dan madu
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.