Anonymous
6 tahun
Batuk dan selesema sudah dua hari. Sesak nafas dan bila bernafas ada bunyi wisel
Saya wanita berumur 24tahun sudah dua hari batuk2 sesak nafas dan bila bernafas ada bunyi wisel…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda , simptom simptom tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas di kawasan hidung, faring (tekak) dan laring
- reaksi alahan
- faktor cuaca seperti cuaca yang terlalu panas atau sejuk serta sistem imun yang rendah
Antara penyakit yang boleh menyebabkan gejala di atas adalah:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































