Sulit
4 tahun
Batuk darah dan covid +ve
Hi doctor, saya Anuska berumue 23tahun, saya mengalami batuk berdarah selama 4 hari berturut2. Sebelum mengalami batuk darah, saya mengalami gejala demam dan selesema dan saya telah membuat ujian covid swab test di klinik berdekatan kerana pada masa itu juga saya telah disahkan covid positif pada 31 Julai selepas beberapa hari saya mengalami batuk darah. Jadi persoalan saya, bolehkah saya pergi ke klinik untuk membuat check up punca batuk darah kerana saya masih belum kuarantin rumah 14 hari.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala batuk darah yang anda mengalami mungkinnya disebabkan oleh kecederaan pada aveoli, kecederaan pada tisu tisu paru-paru atau saluran darah paru-paru. Kadangnya jika batuk semakin teruk juga akan menyebabkan batuk darah nanti.
Selain itu, batuk darah juga adalah gejala jangkitan Covid yang kurang umum. Berdasarkan terangan anda, anda telah disah Covid positive, anda tidak digalakkan untuk menghadiri ke klinik atau tempat awam.
Oleh itu, sekiranya anda mengalami gejala yang semakin teruk seperti batuk darah ini, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454. Langkah ini akan lebih berkesan daripada pergi ke klinik atau hospital sendiri.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































