
aishahadilah98
5 tahun
Batuk dua bulan serta tanda-tanda lain tetapi demam hanya sekali
Saya berusia 22 tahun dan pernah melawat ke Mesir tapi pada pertengah bulan 12 tahun lepas. Minggu pertama, batuk tanpa kahak kemudian setelah jumpa dr dan makan ubat, batuk semakin teruk serta berkahak. Saya hanya demam sehari pada awal minggu permulaan batuk. Saya juga selsema, sore throat. Tapi seminggu kebelakangan ni, saya sakit kepala setiap hari dan semalam dada saya mula rasa sakit sehingga sekarang.
Jadi adakah saya perlu menjalani saringan covid-19? Kerana batuk masih tak sembuh.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Sebelum anda mendapatkan ujian saringan COVID-19, tahap risiko anda haruslah diketahui. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di hospital.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tiggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.