
Sulit
5 tahun
Batuk kahak, selsema. Adakah berbahaya?
Saya wanita berumur 23 tahun. Saya mengalami batuk2 hampir sebulan macam tu. Makin lama macam makin teruk sikit sebab masa awal2 batuk takde kahak or apa2. But lama kelamaan ada kahak and selsema. I’m just wandering whether i should make a check-up at the hospital?

5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, masalah batuk dan kahak yang berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus
- jangkitan kuman
- radang paru-paru
- tibi
- masalah kronik seperti COPD
- asma
- bronchiectasis
Walaubagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan penyakit virus COVID19. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anak anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anak anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini