Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Batuk & Kerap Pening Kepala

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mac 11, 2020 7:23 AM
izadshahizam 29 hari

Hi, saya lelaki dan berusia 29 tahun. Sejak 3,4 hari ini saya sering mengalami Batuk & Pening Kepala.

Saya tidak mempunyai rekod berkunjung ke negara yang berisiko dan tidak mempunya kontak rapat dengan pesakit yang bergejala.

Cuma saya risau saya menghidap covid 19 disebabkan anti body saya yang lemah. saya kerap demam atau selsema jika rakan sepejabat saya mengalami demam atau selesema. simpton batuk yang saya hadapi sekarang juga berpunca dari rakan sepejabat yang tidak sihat.

Saya tidak mengalami selesema, cuma apabila waktu tidur saya sering merasa seakan hidung saya tersumbat sebelah.

Hari isnin yang lalu, saya ada ke klinik mendapatkan rawatan kerana pening kepala yang saya hadapi. doctor memberitahu bahawa tekanan darah saya tinggi menyebabkan saya berasa pening kepala.

saya harap doctor dapat membantu meberi nasihat apa yang patut saya lakukan seterusnya. Terima kasih.

Dr Sashini Seeni 29 hari
General Practitioner

Hi, terima kasih untuk soalan anda.

Saya memahami kebimbangan anda di sini. Oleh kerana wabak COVID-19 masih menular, anda risau anda berpotensi mendapat jangkitan tersebut,lebih-lebih lagi apabila anda mempunyai simptom jangkitan COVID-19 seperti batuk dan sakit tekak. Oleh kerana anda tiada kontak rapat dengan sesiapa yang disahkan dengan COVID-19 atau melawat ke negara yang berisiko tinggi, anda mempunyai risiko yang rendah untuk dijangkiti virus ini. Namun berdasarkan simptom batuk anda, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.

Selain daripada jangkitan COVID-19, batuk dan sakit tekak boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:

Walaupun risiko anda rendah untuk mendapatkan jangkitan COVID-19, anda harus mengambil langkah berjaga-jaga. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:

  • Mencuci tangan dengan sabun dan air.
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
  • Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
  • Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
  • Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
  • Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

cough-sorethroat

Dikemaskini pada: Wed Mar 11 2020 07:23:18 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
NEW! COVID-19 TESTING SERVICES >
Tanya Doktor Percuma Kunjungi ePharmacy